Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sebanyak enam lagi kematian akibat pandemik Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 43 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian terbaharu itu melibatkan pesakit yang berumur 40 hingga 73 tahun.

Katanya, kebanyakan mereka merupakan individu yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Statistik menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif Covid-19 berbanding kumpulan umur yang lain.

Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast