TERKINI : JANGAN DEGIL! JANGAN SOROK! – Menteri Dalam Negeri

Kira-kira 5,123 orang jemaah Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang masih belum tampil secara sukarela diberi amaran supaya segera membuat saringan Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak mahu mereka yang terlibat tidak menyembunyikan diri.

Menurutnya, polis kali ini membuat keputusan untuk tidak lagi berlembut dalam perkara tersebut dan sudah bersedia bertindak tegas ke atas mereka yang masih berdegil.