Rubiah Wang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang disahkan positif virus Covid-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan perkara itu, menurut Borneo Post.

“Setakat yang kita ketahui sekarang, seorang pembantu Menteri dan Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19,” katanya.

Penolong Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil sebelum ini juga dilaporkan positif Covid-19 dan dia telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 2 April lalu.

Dr Jerip, ADUN Mambong turut memaklumkan beliau positif virus itu ketika dia bertemu dengan individu yang dikaitkan dengan kluster Persidangan Felo Gereja.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, juga positif Covid-19 tetapi telah dibenarkan keluar hospital.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sarikei, masih menjalani rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast