Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya penerima Bantuan Prihatin Negara (BPN)  diingatkan supaya jangan sia-siakan wang yang diterima sebagai bantuan dengan menghabiskannya dengan perjudian dalam talian.

Katanya, kes judi dalam talian telah meningkat mendadak sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila orang ramai duduk di rumah mengehadkan pergerakan masing-masing.

“Saya ingin menasihati orang ramai berhati-hati dengan scammers yang terus cuba mengeksploitasi dengan pelbagai skim dan helah menipu orang ramai khususnya apabila diumumkan bantuan diumumkan disalurkan dalam akaun bank.

“Orang ramai yang diwajibkan berkurung di dalam rumah disarankan supaya mengelak perjudian dalam talian sehingga mempertaruhkan wang bantuan BPN.

“Judi online berleluasa dan kesnya meningkat, angka tak payah sebutlah, setakat sudah meningkat itu mencukupi. Mereka ini menyasarkan orang ramai yang ada di rumah bersantai menggalakkan berjudi dan saya bimbang wang prihatin tersebut akan ‘dihilangkan’ dalam judi,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Menurutnya, pasukan polis akan digerakkan dan tindakan tegas akan diambil ke atas sindiket judi dalam talian dalam masa terdekat.

Dalam masa sama, Abdul Hamid juga menegaskan, polis akan mempertingkatkan pemeriksaan secara rambang ke atas semua penghantar makanan khususnya penunggang motosikal ekoran kes penyeludupan rokok haram menerusi perkhidmatan e-hailing bermotosikal.

Beliau mengakui aktiviti penyeludupan rokok haram meningkat sepanjang PKP disebabkan premis yang menjualnya kehabisan stok sekaligus meningkatkan pembelian dan penyeludupan rokok haram dengan pelbagai kaedah termasuk menggunakan e-hailing yang menghantar makanan untuk membawa rokok seludup.

“Jualan rokok halal kehabisan stok, so aktiviti rokok haram meningkat. Mereka gunakan khidmat Grab, saya percaya aktiviti ini memang berleluasa dan arahkan semua petugas bawah jalankan pemeriksaan rambang.

“Kenderaan-kenderaan yang disyaki digunakan menyeludup masuk rokok berkarton akan ditangkap.

“Motosikal penghantar makanan e-hailing seperti Grabfood juga akan diperiksa ketat secara rambang apa kandungannya di dalam kotak makanan, mungkin ada mereka tak bertanggungjawab guna lambang Grab untuk melanggar perintah dan keluar dari rumah semata mata,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa memutuskan Internet yg dimiliki oleh syarikat2 yg mengnjurkan judi dalam talian yg rangkain yang tertera didalam Google secara terang tertulis casino malaysia.. Sudah tentu berpusat digenting Highland. Jadi adakah pihak berkuasa tidak bolih menyekat talian yg mana compny penganjur judi membelinya dari pusat casino tersebut dan menjual talian kepada orang ramai dan mengiklankan secara terang terang didalam talian hp. Apa yg kita nampak didalam hp Iklan sedemikian bukan dilihat olh golongan dewasa malah semua lapisan termasuk kanak2, perkara ini boleh mendorong kanak-kanak dan golongan muda terjerumus kearah itu.saya berharap pihak polis dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan segera..

Comments are closed.