Kamaruzaman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula kelulusan beroperasi bagi kilang arak dalam tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad menegaskan, Pas berpandangan pengeluaran minuman keras bukanlah satu keutamaan bahkan tidak termasuk kategori perkhidmatan asas.
“Pas konsisten dengan prinsip bahawa arak menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

“Pas menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal wabak Covid 19.

“Pas melalui wakil dalam Kabinet akan menyuarakan perkara ini supaya dikaji semula seterusnya menarik keputusan yang telah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan kelulusan operasi kepada sebuah pengilang arak yang tular di media sosial. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Bgus..buang je org2 yg ada link lg dgn kjaan ph bodoh tu..lg satu arak bkn kperluan di mlysia..klu arak di hram kn di mlysia lg bgus……arak ni phncur rakyat n ngra..takbir.

Comments are closed.