Datuk Aidi Ismail

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.

Astro AWANI melaporkan Aidi kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak.

“Saya telah pergi ke HUS sebelum ditahan malam tadi.

“Saya sepatutnya tidak boleh hendak komen tentang perkara ini. Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya.