TERKINI : Beli Atas Talian ‘MURAH dan ‘SEGAR’ di Pasar Raya HSA Cheapermart

Pasar raya HSA Cheaper Mart telah memperluaskan jualan barangan basah runcit dan buahan segar secara dalam talian dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan tersebut hingga ke rumah.

Pemiliknya, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal berkata, konsep itu mendapat permintaan yang luar biasa sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

HSA Cheaper Mart mula beroperasi sejak Januari lalu adalah milik HSA Trading Capital Bhd. yang merupakan pengeluar dan pemborong produk muslim serta pengeluar produk makanan berjenama Sherwani.

Ketika PKP dilaksanakan, pasar raya itu beroperasi sejak pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari ini.