TERKINI : Warga Pakistan Antara Korban Terbaru ke 65 di Malaysia – Dr Noor Hisham

Sebanyak 156 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi dan dua kematian lagi dicatatkan untuk tempoh yang sama.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,119 kes dan 65 kematian. Ketua Pengarah Kesihata, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang sembuh dan discaj pula sebanyak 166 kes iaitu lebih tinggi daripada pesakit baharu.

Jumlah ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,487 kes (36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).