Boris Johnson. foto Agensi

LONDON- Boris Johnson telah keluar dari unit rawatan rapi selepas keadaanya semakin pulih.

Namun beliau masih di bawah pemantauan rapi hospital, menurut pejabatnya.

Johnson, 55, telah dimasukkan ke Hospital St Thomas petang Ahad lalu selepas mengalami demam panas dan batuk.

Beliau menghabiskan tiga malam di unit rawatan rapi.

”Perdana Menteri telah dipindahkan ke wad, yang mana beliau akan dipantau secara dekat semasa fasa pemulihan awalnya,” kata jurucakap.

Johnson adalah pemimpin dunia yang pertama menerima rawatan akibat koronavirus menyebabkan beliau terpaksa melantik Menteri Luarnya, Dominic Raab untuk memangku tugas.

Britain adalah kuasa ekonomi kelima terbesar di dunia. – MalaysiaGazette