Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat untuk jangkitan Covid-19.

Namun beliau tidak akan kembali segera ke pejabat untuk meneruskan tugas sebagai ketua kerajaan Britain, kata Downing Street hari ini.

Johnson, 55, telah dibawa ke Hospital St.Thomas di London pada Ahad lalu iaitu 10 hari selepas diuji positif virus maut itu.

Dia diletakkan dalam Unit Rawatan Rapi selama tiga hari sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu.

Dalam kenyataan hari ini, Downing Street memaklumkan Boris akan meneruskan proses pemulihannya di kediaman rasmi beliau.

“Berdasarkan nasihat pasukan perubatan, Perdana Menteri tidak akan kembali bertugas serta merta.

“Beliau (Boris) juga merakamkan setinggi penghargaan atas rawatan dan penjagaan yang diterima daripada semua pegawai dan kakitangan perubatan hospital itu,” kata kenyataan itu.-MalaysiaGazette