Gambar sumbangan katil yang diberikan oleh Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimuatnaik oleh Noor Hisham di Facebook beliau hari ini

KUALA LUMPUR – Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 buah katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

Manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi dua hantaran di Facebook rasminya memaklumkan perkara itu dengan menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.

“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” demikian menurut catatan berkenaan.

Untuk rekod, Hospital Sungai Buloh di Selangor dan HKL dijadikan hospital khusus bagi merawat pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast