KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan pelajar universiti awam dan swasta pulang ke kampung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu terus tinggal di asrama masing-masing sepanjang tempoh itu, dengan kebajikan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Pelajar IPTA, IPTS yang nak kembali (pulang ke kampung), kita putuskan mereka terus kekal di universiti masing-masing.
“Mereka jangan bimbang soal kebajikan, kerana makan minum mereka akan terus ditanggung oleh kerajaan. Harap tidak timbul perkara ini lagi,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini
Sebelum ini, ada beberapa pihak termasuk dari parti politik mendesak kerajaan agar membenarkan pelajar yang terkandas di kampus pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Artikel berkaitan: Bawa balik pelajar, Asyraf gesa KPT hormat arahan KKM
Pensyarah cadang cara hantar pelajar IPT pulang ke kampung
KPT sila sabar dua minggu, tak perlu hantar balik pelajar sekarang
Pihak berkenaan menganggap, biarpun pelbagai bantuan sudah disalurkan oleh kerajaan kepada pelajar, namun sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu susulan lanjutan tempoh PKP selama dua minggu lagi.
Menurut Ismail Sabri, keputusan yang dibuat kerajaan itu adalah berdasarkan kepada usaha untuk memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 terputus. – MalaysiaGazette
Setuju DSISY…smg Allah sentiasa merahmati bumi Malaysia..
Memutuskan rantaian penularan wabak tp pljr dr luar negara d mna tmpt mereka bljr lg kes tinggi d bawa balik tu yg mnyebabkan pelajar2 kita d sini terasa hati, andai kn pkp nie blnjutan shngga hbs raya wah seronok la bdk2 U kita tgk dinding bsalam dgn pintu.. Best rasanya.. Fikir kn la sbaik baik nya, klu susah sangat ibu bapa sanggup beli kn anak2 tu tiket flight utk balik terutama sabah dan sarawak.. Bdk2 U tu ada yg da stress pcayala tp dorg x berani bsuara, pcayala..