Gambar hiasan

SEJAK perintah berkurung dan kawalan pergerakan mula diperkenalkan di serata dunia, banyak negara menyaksikan peningkatan kes keganasan rumah tangga. Perintah berkurung
ini telah menyebabkan mangsa terperangkap bersama pemangsa di rumah sedangkan rumah sepatutnya menjadi tempat tinggal dan tempat perlindungan paling selamat buat wanita.

Di China, laporan terhadap kes keganasan rumah tangga menunjukkan peningkatan sebanyak 3 kali ganda kesan daripada perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Kongres Kebangsaan India turut melaporkan peningkatan kes keganasan rumah tangga sebanyak dua kali ganda manakala Perancis sebanyak 3 kali ganda pada minggu pertama perintah berkurung dilaksanakan. Australia pula menunjukkan pencarian di
internet mengenai sokongan keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 75 peratus.

Justeru itu, Antonio Guterres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa setiap kerajaan di seluruh dunia untuk bertegas menjamin keselamatan wanita di
samping mengekang dan mengawal penularan wabak berbahaya ini.

Walaupun pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (JPWM) menafikan berlakunya peningkatan panggilan yang melaporkan kes keganasan rumah tangga, itu tetap
tidak menafikan kes sebegini masih berlaku dan bahkan mungkin sahaja mangsa tidak dapat membuat panggilan kerana takut didengari oleh pasangan pendera mereka.

Sekiranya anda berada di dalam situasi tersebut semasa tempoh PKP ini , berikut ialah antara perkara yang boleh anda lakukan:

1. Dapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan yang terdekat. Anda akan dirawat di satu ruang yang dikenali sebagai One Stop Crisis Centre yang diwujudkan khusus untuk kes rogol dan keganasan rumah tangga. Laporan polis juga boleh dibuat di situ. Jangan risau, maklumat dan privasi anda akan dijaga dengan sebaiknya. Anda tidak perlu mendapatkan laporan perubatan anda. Jika anda mahu berbuat demikian, anda perlu membayar RM40 dan boleh mengambil masa sehingga 2 bulan sebelum dihantar kepada anda. Sekiranya keganasan berlaku pada waktu malam dan anda tidak dapat pergi selepas rawatan perubatan, anda boleh meminta jururawat untuk membiarkan anda bermalam di wad yang selamat.

2. Dapatkan bantuan melalui talian perkhidmatan awam atau talian badan bukan kerajaan seperti berikut:

 Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
24 jam (Isnin hingga Ahad)
019-2615999 (Whatsapp) / 15999

 Centre for Children and Families Enhancement
019-6285829
018-2324256

 Women’s Aid Organization (24 jam)
03-79563488
018-9888058 (Whatsapp)

 Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI IKRAM)
016-4774249

 Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam TERATAI (Talian Khas Mangsa Keganasan Rumah Tangga)
011-57695171

 SIS- Telenisa (Klinik bantuan guaman)
Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 10 malam)
011 2370 1006 / 03-79608802

 Women’s Centre For Change
Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 9 malam)
016 4287265 (Penang)
016 4390698 (Seberang Prai)

 Protect and Save the Children
Isnin hingga Jumaat (12 tengahari hingga 9 malam)
016 7213065
Rose Verginie Good Shepherd
Perkhidmatan Kaunseling dan Rumah Perlindungan Sementara
05-5467031

Atau anda juga boleh menghantarkan emel kepada

 Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI IKRAM)
[email protected]

 The Befrienders KL – Emotional Support Through Skype
Skype IDs: BefKL Skype 1 or BefKL Skype 2
Download Skype for your device: https://www.skype.com/en/get-skype/download-skype-for-desktop/

3. Rancang pelan keselamatan anda Sekiranya anda merasakan keselamatan diri anda dan anak-anak terancam, anda
boleh dapatkan perintah perlindungan di pejabat JKM daerah anda dan buat permohonan untuk mendapatkan EPO (perintah perlindungan sementara). Proses ini tidak memerlukan laporan polis. Tempoh sah EPO adalah selama 7 hari dan tidak boleh diperbaharui. Anda boleh merancang tindakan anda yang seterusnya dari awal.

4. Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti ahli keluarga , rakan, NGO dan polis.

5. Memastikan apa-apa objek yang tajam dan berbahaya disembunyikan atau dilupuskan.

6. Kenal pasti ruang yang selamat di rumah anda dimana anda boleh menyelamatkan diri sekiranya situasi berisiko tinggi berlaku.

7. Anda juga boleh membuat laporan polis dan memohon perintah Perlindungan Interim (IPO). IPO adalah perintah sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret untuk
menghentikan individu daripada melakukan tindakan keganasan terhadap mangsa. IPO sah selagi siasatan masih dilakukan oleh pihak polis. Sekiranya Pegawai Penyiasat bersetuju anda memerlukan IPO, surat rujukan akan dikeluarkan. Surat ini perlu dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan membantu anda memohon IPO di Mahkamah Majistret.

Catatkan butiran penting seperti masa, apa, bila, dimana, siapa yang terlibat di mana-mana bagi memudahkan anda semasa membuat laporan polis. Ketahuilah, tempoh PKP ini tidak menghalang anda untuk mendapatkan hak anda, terutamanya hak keselamatan anda dan anak-anak. Dapatkan bantuan dari mana-mana badan yang anda selesa. Jangan takut. Anda punya hak untuk dilindungi bawah undang- undang negara kita.

OLEH: Nur Shazleen, Aktivis Persatuan Belia Harmoni, Universiti Malaya 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast