Alizakri Alias

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan lagi tarikh membuat bayaran caruman wajib untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 24 April ke 30 April 2020.

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, lazimnya, majikan diwajibkan membuat bayaran caruman KWSP sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan.

Semalam, KWSP telah mengumumkan bahawa tarikh bayaran untuk bulan April ini dilanjutkan ke 24 haribulan.

Walau bagaimanapun, setelah menerima maklum balas dan permintaan yang tinggi dari pihak majikan, Lembaga KWSP telah sebulat suara bersetuju untuk melanjutkan lagi tarikh bayaran caruman sehingga akhir bulan ini.

Majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – MalaysiaGazette