Petugas Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) membuat demonstrasi mengenai pengurusan jenazah menggunakan alat mudah alih semasa musim Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Kesukaran memandikan serta membawa turun jenazah daripada rumah flat mencetuskan idea sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghasilkan sebuah pengusung mudah alih dan kanvas khas bagi tujuan tersebut.

Menurut Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, kesulitan itu semakin terasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bila ahli keluarga waris hendak menguruskan sendiri jenazah ahli keluarga mereka tetapi sukar untuk ke surau atau masjid kerana sekatan di bawah PKP berkenaan.

Petugas Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) membuat demonstrasi mengenai pengurusan jenazah menggunakan alat mudah alih semasa musim Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

Katanya, untuk itu pihaknya telah menempah pengusung mudah alih khas bagi membolehkan jenazah itu diurus dan dimandikan di rumah tanpa perlu membawanya ke surau ataupun masjid.

Setelah selesai dikafan dan disolatkan, katanya, jenazah sudah boleh dibawa terus ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

“Pengusung ini dibuat dari ‘stainless steel’ yang ringan tetapi mampu menampung berat hingga 180 kilogram. Paling penting ia boleh dilipat, dibawa masuk ke dalam lif (jika di rumah pangsa) atau dengan menaiki tangga.

Petugas Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) membuat demonstrasi mengenai pengurusan jenazah menggunakan alat mudah alih semasa musim Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

“Jenazah kemudian boleh dimandikan di ruang tamu, dapur atau di mana saja ruangan yang difikirkan sesuai…kami akan memasang paip di pengusung itu di mana ia akan disambung terus ke saluran air di rumah berkenaan.

“Sekiranya ia melibatkan rumah flat atau kondominium, kami menyediakan kanvas untuk membawa turun jenazah. Kanvas yang kami ada itu boleh menampung beban hingga 200 kilogram,” katanya pada Malaysia Gazette ketika ditemui di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota di sini hari ini.

Petugas Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) membuat demonstrasi mengenai pengurusan jenazah menggunakan alat mudah alih semasa musim Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

Namun buat sementara ini, katanya, pihaknya hanya dapat menyediakan perkhidmatan pengusung mudah alih itu di Lembah Kelang sahaja tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan dikembangkan ke negeri-negeri lain jika terdapat sumbangan atau dana daripada mana-mana pihak.

Mengenai kadar bayaran yang dikenakan kepada waris, Muhammad Rafieudin berkata, mereka tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan sebaliknya hanya mengenakan caj pengurusan jenazah berdasarkan kos yang dikenakan oleh kariah setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mengubah suai kenderaan membawa jenazah mereka agar ia juga boleh digunakan untuk membawa pesakit ke hospital.

Petugas Persatuan Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) membuat demonstrasi mengenai pengurusan jenazah menggunakan alat mudah alih semasa musim Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

“SPJM merasakan selain daripada membawa jenazah, elok juga kenderaan-kenderaan yang kami ada dimanfaatkan untuk membawa pesakit yang hendak mendapatkan rawatan.

“Ini kerana bukan ada kematian pada setiap masa, jadi kami mengubahsuai van jenazah kami untuk membolehkan ia juga boleh digunakan oleh mereka yang sakit,” ujarnya.

Menurut Muhammad Rafieudin, mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan SPJM boleh menghubunginya di talian 013-322 7937. Mereka juga mempunyai wakil di seluruh negeri di semenanjung selain turut menawarkan perkhidmatan menguruskan jenazah untuk dihantar ke luar negara. – Malaysia Gazette