Indonesia melaksanakan sekatan perjalanan kepada penduduknya bagi mengekang penularan Covid-19. foto agensi
JAKARTA – Warganet di Indonesia memuji tindakan kerajaan Malaysia membantu rakyat yang terjejas pendapatan mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan virus Covid-19.

Kebanyakan mereka kagum dengan bantuan kewangan dan pelbagai inisiatif lain bagi membantu rakyat yang rata-ratanya terjejas teruk dalam aspek ekonomi, dan berharap menjadi contoh kepada pemerintah Indonesia untuk lebih prihatin terhadap rakyatnya yang kian terjejas akibat pandemik itu.

Dalam satu saluran YouTube yang disiarkan seorang YouTuber ‘Macan Idealis’ baru-baru ini bertajuk ‘Mengejutkan! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia’, telah ditonton lebih 400,000 setakat ini dan mendapat lebih 5,000 komen daripada penonton.

YouTuber Macan Idealis, yang mempunyai lebih 630,000 pelanggan di saluran YouTubenya itu menemu bual Prof Dr Irwandi Jaswir, pakar bioteknologi kelahiran Medan, Sumatera, yang kini merupakan Penyelaras Penyelidik di Pusat Penyelidikan Industri Halal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkenaan situasi PKP di Malaysia.

Satu komen daripada ‘ahmad lahera’ dalam  laman komen YouTube itu menulis : “Selamat (tahniah) buat rakyat Malaysia, bahagialah kalian jadi rakyat Malaysia, doakan kami rakyat Indonesia semoga hidup bahagia seperti kalian,”.

Komen lain warganet dari Indonesia dan Malaysia di YouTube berkenaan menyatakan kekaguman dan rasa bersyukur dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan Malaysia

“Alhamdulillah punya negara tetangga penguasanya amanah pada rakyatnya..,” komen ‘Juri Murtana’ dalam laman YouTube berkenaan.

Malaysia menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac, sebelum dilanjutkan sehingga 28 April ini, bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan pelbagai bantuan kewangan dan inisiatif bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang terkesan akibat PKP.

Sejak 16 Mac, Indonesia juga melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) secara berperingkat-peringkat dalam menangani penularan Covid-19.

Pada 9 April lepas, Presiden Joko Widodo, pemerintah di negara berpenduduk lebih 280 juta orang itu turut mengumumkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada rakyatnya, termasuk pemberian bantuan kewangan berjumlah Rp600,000 sebulan selama tiga bulan dan bantuan kad sembako (kad keperluan barangan asas) bernilai Rp200,000 setiap bulan, selama sembilan bulan kepada 20 juta ketua keluarga yang layak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rp600,000 ribu , nak bli apa ya..klu Rm lbh kurang Rm150, ini yg krjaan indo bg kat rakyat nya?? Rpe200,000, tkar mlysia Rm50 lbh kurang…ngra kaya tapi byk yg tak kna…malaysia Rm1600, Rm1000, Rm800, Rm500, Rm200, walaupun negara tidak skaya indo…fkir2 lh…ptut lh warga asing spti indo, bngla, nepal,mymar, india, pkistan dll myemak je masuk mlysia..bkrja, sbb mlysia ngra brtuah..dn smoga Allah murahkn lg rezeki kpd negara mlaysia..mai sama2 kita berdoa n hpuskan kjahatn maksiat di mlysia…hncurkn pusat2 judi, kelab arak, pelacuran..Jgn ungang bala Allah..

Comments are closed.