Angin kencang mencetuskan kebakaran baru di lokasi berhampiran loji nuklear Chernobyl. foto Agensi

KIEV – Kebakaran baru dikesan berlaku di kawasan sekitar loji nuklear Chernobyl yang tidak berfungsi pada hari Khamis, berikutan angin kencang yang menyukarkan untuk membendung kebakaran.

Pasukan bomba beberapa hari yang lalu berjaya mengawal serangan api yang membakar hutan di sekitar lokasi bencana nuklear terburuk di dunia pada tahun 1986.

Susulan itu, pihak berkuasa Ukraine telah menurunkan risiko radiasi.

Perkhidmatan kecemasan negeri mengatakan tiga kebakaran baru meletus tetapi “tidak berskala besar dan tidak memberi ancaman”.

“Latar belakang radioaktif di Kiev dan wilayah Kiev berada dalam keadaan normal,” kata Volodymyr Demchuk, Pengarah Jabatan Tindakan Kecemasan.

Menurutnya, lebih daripada 1,000 orang telah terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran ini.

Pasukan kecemasan menggunakan pesawat dan helikopter untuk memadamkan kebakaran awal minggu ini tetapi angin kencang menyukarkan kerja-kerja tersebut, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Anton Gerashchenko oleh agensi berita Interfax.

Bencana Chernobyl pada 26 April 1986 di Ukraine dicetuskan oleh ujian keselamatan yang gagal di reaktor dan telah melepaskan bahan-bahan nuklear ke seluruh Eropah.

Loji nuklear dan bandar Pripyat yang ditinggalkan telah menjadi tarikan pelancong, terutama sejak sebuah siri mengenai bencana itu disiarkan pada tahun lalu.

Tetapi tapak Chernobyl ini ditutup sebagai selepas arahan sekatan perjalanan di seluruh negara untuk membendung wabak koronavirus. – MalaysiaGazette