TERKINI : 2 Kematian Baharu, Jumlah 88 Kes Kematian Covid19 di Malaysia – Dr Noor Hisham

Bilangan kes baharu positif Covid-19 terus menurun iaitu 54 untuk setakat pukul 12 tengahari tadi, menjadikan jumlahnya sebanyak 5,305 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya merekodkan 135 kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif yang telah sembuh sepenuhnya adalah 3,102 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid- 19 adalah 2,115 kes. “Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 49 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian penularan Covid-19 hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast