Seramai 77 individu yang pulang ke negara ini dijangkiti wabak Covid-19.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 95 individu yang pulang ke negara ini dijangkiti wabak Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, jumlah itu dikesan dalam masa dua minggu selepas 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

“Daripada jumlah tersebut, setakat ini 7,910 individu telah disampel di mana 95 kes positif Covid-19 dikesan (iaitu 0.97 peratus),” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

Jumlah itu, katanya, menyaksikan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa negeri.

Antaranya 37 kes di Melaka, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Johor, serta dua kes di Selangor. -MalaysiaGazette