Foto Instagram Adib.

KUALA LUMPUR – Pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid mendedah wajah puteri mereka selepas seminggu melahirkan anak sulungnya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adib turut mengumumkan nama anaknya iaitu Arisa Alaia Muhammad Adib.

Menurut Adib, kehadiran puteri kecil mereka itu merupakan hadiah yang paling bermakna dan menggembirakan buat dirinya dan Izara.

Anak tiri penghibur tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu turut mengucapkan terima kasih di atas semua doa dan sokongan yang diberikan.

Sementara itu, Izara dan Adib bernikah pada November 2017. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast