Gelagat banduan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

KAMI tiba di Penjara Kajang ketika matahari mula meninggi. Di sana Pengarahnya, Abdul Halim Ma Hasan telah bersedia menunggu bersama barisan pegawai kanan penjara yang lain.

Beliau tersenyum melihat kelibat kami yang seolah-olah ‘cuak’ hendak memasuki penjara terbesar di Malaysia ini.

“Selamat datang ke Penjara Kajang,” kata Abdul Halim, anak jati Kelantan yang berkelulusan dari Universiti Malaya itu.

Temubual bersama Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hasan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Terdapat hampir 5,000 orang banduan di dalam penjara ini, malah rekod pernah menujukkan jumlah tahanan di penjara tersebut pernah melebihi 6,000 orang suatu ketika dulu.

Dahulu penjara ini dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor. Ia telah diwartakan secara rasminya sebagai Penjara Kajang pada 8 Mei 1997.

Penjara Kajang terletak di kawasan Sungai Jelok, kira-kira tiga kilometer dari bandar Kajang. Ia mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985.

Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu.

Mereka ini ditempatkan di Bahagian Pra Bebas dan ditugaskan untuk kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kawasan serta bangunan-bangunan penjara yang baru siap dibina.

Gelagat banduan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Pembinaan penjara ini telah menelan belanja hampir RM65 juta dan dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Bahagian Utama, Bahagian Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Bahagian Pra Bebas dan Penjara Wanita.

Bagi melicinkan lagi pentadbiran di Penjara Wanita, pada tahun 1993, penjara tersebut telah dipisahkan daripada Penjara Kajang dan mereka diberi tanggungjawab mengurus pentadbiran sendiri.

Lamunan saya terhenti apabila bunyi ekzos sebuah kenderaan tiba di pintu utama. Kira-kira 30 orang lelaki yang bergari kemudian turun dan berbaris panjang.

Pegawai penjara menaiki bas sebelum ke menara pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

“Mereka ini semua yang langgar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua dah jatuh hukum, itu yang dibawa ke sini,” kata Abdul Halim.

Sementara wadar bertugas sibuk mengedarkan bungkusan plastik kepada banduan ini untuk memasukkan barangan peribadi mereka seperti dompet dan jam tangan untuk disimpan, kami dipelawa masuk ke dalam.

PEMERIKSAAN KETAT

Sebaik sahaja pintu kecil yang boleh memuatkan satu orang pada satu-satu masa itu dibuka, saya melihat beberapa pegawai Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) telah bersedia dengan pakaian perlindungan diri PPE.

Pegawai penjara dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Mereka mengambil suhu badan kami seorang demi seorang. Selepas itu kami diminta menyerahkan barangan peribadi untuk disimpan di almari khas.

Kami juga diminta melumurkan tangan masing-masing dengan cecair nyahkuman atau ‘hand sanitizer’.

Sejak penularan wabak Covid-19, kawalan di pintu masuk utama Penjara Kajang semakin diperketatkan.

Pegawai penjara dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) mengiringi salah seorang banduan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Ini bagi mengelak mereka yang keluar masuk sama ada banduan, petugas atau pelawat menyebarkan virus berbahaya itu kepada penghuni di dalamnya.

Sehingga kini, belum ada lagi petugas atau banduan di dalam penjara tersebut dijangkiti virus tersebut.

Disebabkan itu mereka enggan mengambil mudah kerana sekiranya virus itu mula ‘hadir’ di dalam penjara berkenaan, kesannya pasti ‘menakutkan’ kerana jumlah mereka yang ditahan mencecah ribuan orang.

Pegawai penjara bersiap sedia sebelum ke menara pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Kami kemudian melihat beberapa orang wadar berbaris untuk mengambil senjata. Difahahamkan ia untuk digunakan oleh mereka yang bertugas di menara kawalan.

Selepas mengambil senjata tersebut, mereka kemudiannya bergerak menaiki kenderaan penjara untuk di bawa ke posisi tugasan masing-masing

Dengan kawalan ketat, kami kemudiannya mula dibawa masuk.

Rupa-rupanya pemeriksaan keselamatan tidak terhenti hanya di pintu masuk, kami kemudiannya diarahkan beratur seorang demi seorang untuk melalui mesin pengimbas pula.

Pegawai penjara membuat kawalan keselamatan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Mesin pengimbas ini untuk mengesan sebarang artikel larangan yang dibawa ke dalam penjara.

Ini kerana ia mampu mengesan kehadiran ‘benda asing’ termasuk yang ditelan oleh banduan atau diseludup masuk melalui dubur mereka!

Mata kami semua meliar ke segenap sudut penjara berkenaan.

MENARA KAWALAN

Pegawai penjara menaiki tangga untuk ke menara pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Antara yang menarik perhatian adalah menara-menara kawalan yang terletak di tembok-tembok tinggi penjara tersebut.

Abdul Halim tidak menunggu lama untuk menerangkan fungsi menara kawalan itu.

“Kalau kamu tengok menara-menara ini, kita akan menempatkan anggota-anggota kita untuk berkawal di dalamya pada setiap masa. Setiap menara mengawal lokasi dan posisi tertentu.

Pegawai penjara membuat kawalan keselamatan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

“Contohnya ada menara yang kawalannya memfokuskan ke arah padang dan blok penghuni. Menara-menara inilah yang akan menentukan tahap keselamatan penjara kami.

“Ia penting untuk mengelakkan pencerobohan dari luar penjara ke dalam dan mengelakkan orang yang di dalam, cuba untuk keluar,” katanya dengan nada serius.

Sebahagian banduan bersenam pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Kemudian kami melalui sebuah padang besar. Rupa-rupanya, walaupun dikurung dalam sel masing-masing, setiap hari para banduan ini diberi masa untuk beriadah atau melakukan senaman dalam jangka waktu tertentu.

Di bulan puasa ini, banduan yang beragama Islam tetap diberikan peluang untuk melakukan senaman ringan bagi menjaga kesihatan mereka.

Sebahagian berjalan ke sel penjara selepas selesai membaca al-Quran pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Kemudian kami dibawa pula ke sebuah blok di mana terdapat sekumpulan banduan yang sekarang ini sedang berusaha untuk menyiapkan pakaian PPE secara sukarela untuk petugas barisan hadapan di hospital-hospital.

TADARUS

Sedang leka menyaksikan kerja-kerja yang dibuat di bengkel tersebut, sayup-sayup kedengaran azan Asar.

Kami kemudian diiringi ke sebuah surau yang terdapat di dalam penjara tersebut. Sesampainya di sana, ada berpuluh banduan sedang bersolat.

Sebahagian banduan kusyuk membaca al-Quran pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Selesai solat, mereka terus mengambil naskah Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai.

Menurut pegawai agama penjara, Ustaz Afendi Ishak, di bulan Ramadan ini kegiatan keagamaan di Penjara Kajang semakin diperbanyakkan untuk para penghuninya.

Tambahnya, sebagai pegawai agama di penjara ini, beliau terharu dengan kesungguhan para banduan tersebut melipatgandakan ibadah mereka di bulan Ramadan.

Sebahagian banduan mengambil al-Quran untuk dibaca pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

“Bila tengok mereka semua bersemangat melakukan ibadah di bulan yang mulia ini, kita dengan sendiri pun rasa bersemangat juga.

“Jangan nilai mereka melalui latarbelakang dan kesalahan yang mereka lakukan, itu yang paling utama,” katanya

BERBUKA PUASA

Kami hanya beredar dari surau tersebut selepas selesai solat Asar.

Seterusnya kami dibawa ke sebuah ‘dapur besar’ tempat di mana berpuluh-puluh orang banduan di situ menyediakan makanan kepada lebih 5,000 orang banduan di penjara tersebut.

Anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) menjaga keselamatan semasa banduan menyediakan makanan sahur dan berbuka puasa pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Ketika kami sampai, mereka sedang bersiap untuk memasak hidangan berbuka puasa bagi banduan beragama Islam.

Menurut pegawai bertanggungjawab di situ, Zakaria Man, di bulan puasa ini, jadual kerja banduan di dapur berkenaan terdapat sedikit pengubahsuaian kerana mereka perlu menyediakan pula catuan sahur.

“Apa yang boleh saya katakan di bulan Ramadan ini aktiviti di dapur utama kita agak meriah kerana banduan perlu memasak dari pagi sampai ke malam,” katanya.

Antara makanan sahur (kiri) dan berbuka puasa (kanan) pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Walaupun makanan yang dimasak tidak semewah yang di luar, namun ia tetap mengikut diet yang telah ditetapkan. Lauk ikan dan ayam bersilih ganti.

Kami kemudiannya mengikut banduan yang ditugaskan untuk mengagihkan makanan di blok-blok tahanan.

Sesampainya di blok, banduan bertugas mengagihkan makanan ke setiap sel dengan cara memasukkannya ke lubang kecil di pintu jeriji masing-masing.

Banduan mengagihkan makanan berbuka puasa kepada banduan lain pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Sayu melihat riak wajah setiap banduan ini di dalam sel mereka.

Di dalam bilik kecil itu, mereka terkurung dengan hanya sedikit cahaya yang menerobos melalui tingkap.

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di dalam sel tersebut kecuali membaca buku-buku lama yang entah berapa tahun usianya.

Seorang banduan meluangkan masa dengan membaca buku pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Sebaik sahaja masuk waktu berbuka, mereka terus menadah tangan berdoa sebelum menikmati juadah yang terhidang di depan mata.

Seharian suntuk berada di penjara tersebut sememangnya menginsafkan.

Sedangkan kita yang perlu duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini pun sudah terasa membosankan, apatah lagi banduan-banduan ini yang majoriti daripada mereka terpaksa bertahun merengkok di dalam penjara, malah ada yang berpuluh tahun lamanya.

Banduan melaungkan azan sebelum berbuka puasa pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Namun kami bangga kerana semua banduan di sini dilayan sama rata dan dengan penuh perikemanusiaan walaupun mereka terpaksa mengikut peraturan dan disiplin yang ketat oleh pihak penjara.

Apapun penjara tetap penjara.

Sebahagian banduan menikmati makanan berbuka puasa pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Kami beredar sebaik sahaja para banduan ini selesai berbuka puasa.

Cukuplah sehari suntuk kami melihat betapa sulitnya kehidupan yang terpaksa ditempuh sebaik sahaja hakim menjatuhkan hukuman dan menghantar makhluk bernama manusia ke sini.

Temubual bersama salah seorang banduan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

Banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita temui dalam bangunan yang bertembok tinggi dan dikawal ketat 24 jam ini.

Kita punya pilihan sama ada untuk ‘terbang’ bebas di luar sana atau memilih untuk menjadi ‘sebahagian daripada mereka’.

Ketika memandu pulang ke rumah, saya teringat bait-bait lagu Empat Penjuru nyanyian Datuk M. Nasir.

Gelagat banduan pada hari ke 39 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 APRIL 2020

“Empat penjuru, empat tembok bisu, memandang kejam padaku, di dalam penjara, di luar penjara, manakah tempatku mengadu. Wahai temanku dengar kataku, jangan kau ikut aku, jalan yang lurus aku tak lalu, ku ikut jalan berliku…”

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan kita semua.

Pada Tuhan, kita berserah. – Malaysia Gazette