Cesc Fabregas

LONDON – Demi membantu kelabnya, Monaco menghadapi krisis Covid-19, Cesc Fabregas sanggip membenarkan gajinya sebanyak 130,000 pound (RM705,275) seminggu ditangguhkan selama empat bulan.

Bekas pemain tengah Arsenal dan Chelsea itu sebelum ini telah bersetuju dengan pemotongan gaji sebanyak 30 peratus untuk tempoh yang sama.

Namun tindakan yang untuk menangguhkan keseluruhan gajinya akan membantu Monaco melakukan penjimatan sebanyak 2 juta pound (RM10.85 juta).

Fabregas turut dilaporkan menawar diri untuk menambah gaji kakitangan bukan pemain Monaco selepas dipotong lebih daripada separuh.

Tindakannya itu hadir selepas kelab utama Eropah masih gagal menemui jalan penyelesaian terhadap rundingan bagi pemotongan gaji pemain susulan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette