Seorang lelaki memakai penutup mulut dan hidung ketika memasuki sebuah kompleks beli-belah di Beijing. foto Agensi

BEIJING- Beijing akan melonggarkan peraturan kuarantin bagi pengembara dari kawasan kurang berisiko di China mulai hari Khamis.

Malah, ibu negara itu juga dikatakan sedang membuat persiapan untuk perhimpunan besar politik.

Sumber memaklumkan, individu yang datang dari mana-mana wilayah di China tidak perlu dikuarantin untuk dua minggu kecuali tiba dari kawasan berisiko tinggi seperti Heilongjiang dan Guangdong.

Pada masa ini, warga China yang berada di Beijing tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing tanpa kuarantin.

Mereka yang enggan melakukannya atau mengikut peraturan rasmi untuk mengekang penularan koronavirus akan dikenakan hukuman.

Kelonggaran peraturan ini tidak tertakluk bagi pelancong dari luar negeri, kata sumber tersebut.

Beijing mengenakan kuarantin selama 14 hari kepada semua pelancong dalam dan luar negara sejak bulan Mac lalu.

Apabila kes virus tempatan yang disahkan menurun, larangan di seluruh negara perlahan-lahan dilonggarkan.

Beijing merekodkan penurunan kes tempatan, justeru peraturan di seluruh negara dilonggarkan secara berperingkat-peringkat.

Ibu kota itu juga tidak melaporkan jangkitan kes domestik sejak 15 April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast