Mas Ermieyati Shamsudin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 81 peratus usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini mempunyai tunai di tangan yang dijangka cukup untuk tiga bulan operasi perniagaan sahaja.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, satu peratus sahaja yang mampu bertahan lebih daripada setahun khususnya dalam kalangan usahawan mikro ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

“Ini menunjukkan bahawa, sekiranya PKP diteruskan, majoriti usahawan terutama usahawan mikro tidak akan dapat terus beroperasi dan ini akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut direkodkan, sebanyak 41.35 peratus usahawan PKS yang  menganggarkan hasil jualan mereka sepanjang tempoh PKP kurang daripada RM5,000.

Jumlah itu, menurut Mas Ermieyati, berdasarkan hasil kaji selidik Covid-19 dan PKP terhadap usahawan.

Selain itu, katanya, prestasi jualan usahwan PKS dilaporkan menurun 54.3 peratus, eksport juga menurun sebanyak 34.89 peratus. Dalam pada itu dilaporkan 8.85 peratus usahawan PKS wanita yang tidak dapat meneruskan perniagaan dan terpaksa gulung tikar kerana terkesan dengan PKP.

“Manakala selebihnya iaitu 91.95 peratus masih meneruskan perniagaan seterusnya, sebanyak 37.53 ushawan PKS wanita yang meneruskan operasi secara atas talian sepanjang PKP, meningkat sedikit berbanding sebelumnya.

“37.19 peratus menjalankan perniagaan online sebelum PKP. Platform 74.96 peratus media sosial dan 10.83 peratus platform e-dagang seperti Lazada, Zalora, Shopee.

“37.53 peratus menjalankan perniagaan online semasa PKP. Platform 68.83 peratus media sosial dan 9.29 peratus platform e-dagang seperti Lazada, Zalora, Shopee,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sehingga kini sebanyak 907,065 syarikat PKS yang berdaftar di Malaysia, 20.6 peratus daripadanya adalah usahawan wanita.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast