Suasana lokasi kemalangan yang mengakibatkan seorang anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan pada 3 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut.

Suspek yang turut cedera dalam kemalangan tersebut dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan media pagi tadi berkata, siasatan Pihak Polis mendapati semasa kejadian pemandu Hilux memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan.

Katanya, apabila sampai di sekatan jalan raya , pemandu Hilux gagal mengawal kenderaanya disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melangar seorang anggota polis yang sedang bertugas dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan ditepi jalan.

“Laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya dan pemandu Hilux masih belum membuat laporan polis.

“Kertas siasatan telah dibuka oleh polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Sial betul kaki mabok ni ,,dah mabok bawa kenderaan pulak ..bagi dia hukuman MAKSIMUM , biar mati reput dalam penjara .

  2. KP kena wat lebih dr SOP.. sop ni utk kerja, bagaimana dgn nilai, nilai manusia, nilai waris yg ditinggalkan. Banyak perkara2 yg tak masuk akal, adakah kesalahan si mabuk ni diletakkn sbg tidak sengaja.. akhirnya paling kuat charge membunuh tanpa niat sbb org mabuk mana ada niat, niat dia nk mabuk tak kira pulak… accident as incidental incident .. apa2 lg lah kerja manusia yg memanipulasi undang2 dan nilai kemanusiaan tu sendiri. Tahu anda pun dilinkungan undang2. Buat apa2 yg boleh… saman simabuktu cukup2.. AGC takkan nak saman, koperasi ada, mcm2 tabung ada, geng2 lwyr yg boleh pakai pun ada.. sape nak bela dia org ni.. Saman juta lah, merepek kat internet pun mintak juta ni pulak nyawa org. maaf ya bg cadangan je..

  3. Pehak yg berkenaan jgn bg muka lg kpd PEMANDU MABUK mcm ni..nk tggu ada MENTERI yg dpt kecelakaan baru nk bertindak tegas ke..kami rakyat dh muak dgn kejadian mcm ni jgn nt rakyat sendiri yg menghukum pemandu mabuk ni.

  4. Rakyat dah nak MUNTAH mendengar cerita2 yang tidak dapat diselesaikan oleh undang2 dan pengamal undang2 CAP AYAM ini!

    Susah sangat ke?

    Sia2 pakai cantek2 dalam mahkamah!!!

  5. Betul dan amat2 setuju..Masa nk undi, gigi lbh lmbut dari lidah ttpi bila dpt kuasa semuanya jadi bacul..

  6. Undang2 memandu dalam keadaan mabuk mesti Di tukar kepada kesalahan jenayah berat dengan hukuman maximum gantung sampai mati.
    Atau ikut hukum qisas…
    Tetapi mesti di bangkang oleh BAR Council yg kebanyakan nya kaki minum sampai mabuk juga.
    Alasan temporary insanity tidak boleh Di terima lagi.
    Atau tutup terus Kedai2 arak dan penjualan arak dikedai2 mau pun 7E.

Comments are closed.