Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. foto HAZROL ZAINAL, 24 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Taman BDC, di Kuching, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia melibatkan sejumlah 37 kes dengan ada daripadanya terlibat dalam perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling.

“Indeks ini meliputi ahli keluarga, masjid dan rakan sekerja dengan melibatkan tiga generasi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeraiannya hari ini.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes positif Covid-19 pada kluster yang lain.

Dalam perkembangan dua hari lalu, Noor Hisham memaklumkan terdapat satu kluster baharu yang dikenalpasti iaitu Pusat Tahfiz di Lanchang, Temerloh, Pahang yang kini sudah menjangkiti enam individu.

Katanya, kluster berkenaan dikenal pasti semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast