Ketua Armada Terengganu, Syaiful Irfan Anang.

KUALA LUMPUR – Nampaknya keputusan Armada Pusat menolak UMNO yang berada dalam kerajaan sekarang dan berhasrat kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) ditolak sebahagian besar bahagiannya sendiri.

Sayap pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) nampaknya ditolak termasuk dalam kalangan ahli-ahlinya sendiri dari seluruh negara.

Contohnya, Armada Bersatu Negeri Terengganu tidak menyokong pendirian rasmi Armada Pusat yang memutuskan untuk kembali bekerjasama dengan PH.

Ketuanya, Syaiful Irfan Anang berkata, pihaknya menolak pendirian sayap pusat itu kerana berpendapat ramai Ketua Armada bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada Pusat menentukan pendiriannya mengenai isu yang amat penting itu.

“Pendirian Armada Terengganu ialah tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Armada Pusat kerana ianya bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco Armada Pusat.

“Sebaliknya, mesyuarat khas yang dinyatakan dalam kenyataan media Armada Bersatu Malaysia itu sebenarnya merupakan Mesyuarat Penyelarasan Agihan Bantuan Armada Bersempena Ramadhan 2020 dan Perjumpaan Bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, pihak menyatakan sokongan teguh di belakang Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengekalkan kolaborasi pelbagai parti dalam Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Syaiful Irfan adalah diantara salah seorang ketua Armada negeri yang hadir di perjumpaan tersebut dan mengundi ‘berkecuali’ kerana menurut beliau keputusan yang besar sebegini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam sebelum sesuatu keputusan dapat dicapai bersama ahli-ahli Armada di setiap peringkat.

Selain itu, Armada Sabah juga tidak menyokong pendirian Armada Pusat itu.

Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit (kiri)-Gambar FB

Ketuanya, Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit berkata, Armada Sabah menolak sekeras-kerasnya pendirian sayap pusat itu kerana ramai Ketua Armada bahagian tidak diberitahu mengenai hasrat Armada Pusat menentukan pendiriannya mengenai isu yang sama..

“Pendirian Armada Sabah ialah tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Armada Pusat kerana ianya bukan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Exco Armada Pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isquzawan tidak menghadiri Mesyuarat penyelarasan agihan bantuan Ramadhan itu yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Armada Putrajaya juga kekal berdiri teguh di belakag Muhyiddin selain Armada Bukit Mertajam.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Armada tolak UMNO, kembali kepada PH

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Ketua Armada patut disingkirkan kerana menentang presiden..dia boleh jadi Ketua Pemuda DAP

  2. PPBM ibarat seperti Padi Angin, tak cukup hari tiba-tiba berlerai. Sadakollahhulazim lepas ini, sini kata lain sana cakap lain.

  3. Syed sadiq segaragar.. kemaruk nak glamour tak habis2 lagi..sampai umah pun kata dimasuk pencuri. Wahal nak buat drama free..cukup2 la budak hinggus..

Comments are closed.