Seorang banduan kusyuk membaca al-Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan antara hari penting untuk umat Islam kerana merupakan Nuzul Al-Quran iaitu peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab yang ada pada hari ini.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin turut berkongsi kelebihan membaca Al-Quran yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

“Siapa yang boleh baca Al-Quran itu satu nikmat dan anugerah yang cukup besar. Bacalah selalu jangan tinggal walau sehari. Pada yang baru nak belajar, teruskan belajar jangan malu walaupun baru nak kenal huruf.

“Biar gagap, biar merangkak-rangkak untuk belajar, kerana kesusahan untuk belajar Al-Quran juga ada pahala yang besar. Kita usaha untuk betulkan bacaan, tak kira siapa pun kita, kita ummat Islam wajib belajar Al Quran,” tulia PU Amin.

Tambah beliau, akan binasalah diri kita jika kita banyak belajar tentang urusan dunia, tetapi tidak ada masa untuk belajar tentang Al-Quran.

“Alhamdulillah, sekarang ramai yang sedar dan dah mula nak belajar Al-Quran. Ada live mengaji, ada rancangan tv tentang mengaji Al-Quran. Suasana Ramadhan menghangatkan lagi semangat kita untuk mula belajar dan kerap baca Al Quran.

“Biar susah di dunia, jangan susah nak menjawab depan Allah nanti. Inshaallah pelan pelan, pasti Allah mudahkan urusan untuk belajar Al-Quran. Nabi sebut sebaik baik manusia adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya,” kongsi PU Amin lagi.

Beliau turut berdoa semoga kita semua tergolong di kalangan manusia yang terbaik di sisi Allah SWT dan semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam syurga-Nya dengan syafaat Al-Quran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast