BEIJING – Pandemik Covid-19 terutamanya di China telah membantutkan pelbagai acara serta perancangan termasuk majlis-majlis perkahwinan sejak tahun lalu.

Namun bagi pasangan Ma Jialun dan Zhang Yitong, pandemik itu tidak menghalang mereka daripada terus melangsung perkahwinan mereka atas talian dengan menjemput keluarga serta sabahat handai menontonnya.

Malah apa yang lebih menarik perhatian, pasangan ini juga mendapat hadiah secara alam maya selain daripada mendapat tonton ratusan ribu netizen selain daripada pujian kerana bukan sahaja kreatif dan luar biasa sebaliknya juga mematuhi peraturan berkurung ketika ini.

Agensi melaporkan. Jialun dan Yitong telah memilih mengadakan majlis perkahwinan pada 1 Mei lalu, yang kemudiannya menyiarkan rakaman video secara langsung menerusi platform popular Bilibili.

Walapun keluarga terdekat diberi kebenaran untuk menghadiri majlis tersebut namun acara perkahwinan itu mendapat lebih banyak sambutan serta pujian kerana menggunakan pelbagai efek serta grafik.

Pasangan itu sepatutnya melansungkan perkahwinan pada Januari lalu, tetapi terpaksa menangguhkan kerana penularan COVID-19 dan larangan majlis membabitkan perkumpulan ramai orang.

Kebanyakan wilayah di China ketika ini sudah menarik balik larangan perintah berkurung tetapi masih melarang majlis keramaian menyebabkan pasangan muda China memilih untuk melakukan secara dalam talian.

Pasangan itu melahirkan rasa gembira dan syukur kerana majlis ini bukan sahaja unik sebaliknya juga telah mengeratkan hubungan suami isteri serta kenalan lain dengan begitu baik sekali.

“Sebenarnya Covid-19 juga ada hikmahnya yang kita tidak dapat nafikan. Antara contoh yang kami boleh berikan ialah  hubungan kami makin kuat walaupun berjauhan berbulan-bulan.

“Kami mahu mengabadikan kenangan terindah perkahwinan dalam talian dan berkongsi kegembiraan ini dengan orang lain di media sosial,” kata Ma. Terima kasih juga menerima kami seadanya,” kata mereka. -MalaysiaGazette