Zafuan Azeman

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang skuad bawah 19, Zafuan Azeman menjadi mangsa pertama ditamatkan perkhidmatan oleh majikannya susulan pandemik Covid-19.

Menerusi Instagram, Zafuan yang pernah dianggap penyerang terbaik masa depan mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Liga Tiga Thailand, Angthong FC yang terjejas teruk akibat penularan wabak itu hingga mengakibatkan sumber kewangan pasukan itu menyusut.

Menurut Zafuan, kelab itu terpaksa membatalkan semua kontrak pemain ekoran masalah yang dihadapi.

“Hari ini saya sangat sedih untuk mengumumkan bahawa saya perlu berpisah dengan Angthong FC selepas pengumuman kelab untuk membatalkan kontrak pemain kerana pandemik Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kelab, kakitangan, jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan semua orang yang dikaitkan dengan kelab kerana melayan saya dengan baik,” katanya di laman sosial itu.

Zafuan pernah menyertai Kedah pada 2018 sebelum menempuh pengalaman hitam bersama Perlis yang menutup operasi pada awal 2019,

Beliau kemudiannya berhijrah ke luar negara dengan menandatangani kontrak bersama Angthong FC Ogos untuk musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast