Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – UMNO perlu bertekad untuk menjadi lebih matang dengan belajar daripada pengalaman jerih-perih dan jatuh bangun parti itu selama ini.

”Dan lebih penting, kita mesti menginsafi hakikat bahawa roh dan tiang seri parti yang menjadi ‘Rumah’ orang Melayu selama ini ialah sentiasa bersetia merencana kejayaan demi agama, bangsa dan negara,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-74.

Katanya, walaupun sambutan ulang tahun UMNO pada tahun ini berbeza kerana negara berdepan dengan pandemik Covid-19, namun ia tidak mengapa.

Yang penting, katanya, keluarga besar UMNO meraikannya dengan rasa syukur dan tawaduk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast