Dr Ahmad Atory Hussain
Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dewan Rakyat dipercayai penyebab utama tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah hari ini.

Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima tempias perbuatan ayahnya sendiri yang dilihat boleh memalukan Istana Negara.

“Takkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) nak lantik Tun Mahathir (sebagai Perdana Menteri) sebab baginda sendiri tak lantik dia dulu, tapi lantik Tan Sri Muhyiddin.

“Memandangkan YDPA yang sama, baginda pun ada maruah dia, Agong dah tak nak beliau hari itu, Agong lantik Tan Sri Muhyiddin, beliau tak percaya.

“Agong nak lantik dia balik, Agong pun ada maruah diri,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau mengulas tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR Kedah, keluar parti iaitu ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin, tengah hari ini.

Kedua-dua ADUN itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuat keputusan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Sebaliknya mereka berikrar memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Atory juga tidak menolak kemungkinan keretakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyebabkan dua ADUN PKR Kedah itu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sendiri.

“Memang orang kita (Melayu) lihat itu juga (masalah dalaman) faktor berpecah-belah ini kerana ayah dia sendiri.

“Akan ada titik noktah pada sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Kalau menang (undi percaya Muhyiddin), Bersatu tiada susah lagi nak bergerak.

“Kalau Tan Sri Muhyiddin kalah, dia akan membubarkan Parlimen. Dia tidak akan benarkan Tun Mahathir jadi Perdana Menteri lagi dan dia akan nasihatkan Agong,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

11 Komen

  1. Betul tu..jgn bagi 2 ekor hantu tua tu jd PM…sibuk plak laaa ni cakap psl mandat kunun..masa YB dari BN ramai2 lompat ke PH korang diam…masa Nuar Beghahim nak beli YB BN dlm projek 16 September korang senyum lebar…laaaa ni rasakan lah..rakyat pun khususnya orang Melayu meluat tgk dua ekor saka tua tu

  2. Profesor kangkung ini pula lebih hebat dari Allah.
    Boleh jangka kan ydpa atas nasihat pm tebuk atap utk bubarkan parlimen.
    Inilah salah satu contoh bila org cerdik dibutakan hatinya oleh Allah dgn sbb sekongkol dgn pengkhiantat.

    Baca & hadam ini baik2.
    Sebelum lebih jauh terlanjur.

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

    Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
    @kerajaan Pakatan Nasional
    @Kerajaan Johor.
    @Kerajaan Melaka.
    @Kerajaan Perak.

    1. Surah AlHajj. Ayat 038.
    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

    2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
    Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

    3. Surah Yusuf. Ayat 106.
    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
    Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

    5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

    6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
    Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
    Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

    10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
    Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

  3. Dia orang tak lompat parti lah dia orang keluar jadi benad. Bodoh uztax ni.

  4. ustaz cakap pasal kebenaran jgn tuju dekat PN je. Kenapa tak senaraikan sekali kerajaan negeri Sabah dan Kedah sebelum kejadian lompat parti? Jangan dibutakan mata kerana satu pihak sahaja. Isu 16 September dulu pun kes lompat parti juga. Anda sokong 16 September?

  5. Hebat ustaz muluk ni bila kena batang hidung sendiri segala ayat dan hadis kluar. Tapi bila ph nak beli ahli bn xda pulak kluar yg halal haram. Cuba hurai sikit sikit bn lompat ke parti warisan di sabah dan menyokong ph tu. Bukan khianat ke. Fikir dan istifar banyak2 ustaz muluk.

  6. Kata orang Budha “Hukum Karma”, Kata orang Barat “What goes around, comes around” dan setengah orang berkata “hukum alam” dan dalam Islam pula dikatakan “Sunnatullah”. Wahai saudara-saudaraku, maka jangan fitnah, tuduh, mengaibkan orang, menipu orang dan sebagainya, suatu hari nanti dosa tersebut itu akan datang menghantui kita pada skala yang lebih besar. Minta Allah, agar kita dijauhi dari dosa-dosa besar.

  7. Muluk bukan ustaz tapi barua besaq DAP. Inilah orang yg jual agama untuk JILAT bontot LGE/DAP

Comments are closed.