Ayatollah Ali Khamenei . foto Reuters

TEHRAN – Rakyat Amerika Syarikat (AS) akan diusir dari Iraq dan Syria, kata pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam tuntutannya supaya tentera AS supaya mengundur diri dari Timur Tengah.

Khamenei berkata, tindakan AS di Afghanistan, Iraq dan Syria menyebabkan ia dibenci, menurut transkrip ucapan kepada pelajar yang disiarkan di laman webnya.

“Orang Amerika tidak akan tinggal di Iraq dan Syria dan mereka akan diusir,” kata Khamenei.

Bulan lalu, Presiden Donald Trump telah mengarahkan angkatan lautnya melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal Iran yang menganggu di laut, tetapi kemudian mengatakan beliau tidak mengubah peraturan penglibatan tentera.

Sejurus kenyataan Trump, Ketua Pengawal Revolusi Elit Iran, Mejar Jeneral Hossein Salami berkata, negara itu akan memusnahkan kapal perang AS. sekiranya keselamatannya terancam di Teluk.

Iran hampir terjerumus dalam konflik dengan AS selepas serangan drone oleh Washington hingga mengorbankan ketua tentera Iran, Qassem Soleimani di Baghdad pada 3 Januari.

Kematian Soleimani mendorong Teheran untuk membalas dengan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan AS di Iraq beberapa hari kemudian.- MalaysiaGazette