Foto Kredit: Nor Fazlan Facebook Info Kemalangan/Kecelakaan

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu insiden perselisihan faham antara seoran lelaki dan penghantar makanan ehailing bermotosikal pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima satu laporan polis berkaitan perselisihan faham antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang merupakan penghantar makanan e hailing (Food Panda) di Bandar Puteri Puchong.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kedua-dua pihak telah dipanggil dan dirakam percakapan. Siasatan lanjut mendapati dalam kejadian tersebut terdapat perselisihan faham antara keduanya namun tiada kecederaan dialami kedua pihak.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang serta tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut Ismadi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Amier Abd Majid.

Terdahulu dalam media sosial Facebook menerusi akaun Info Kemalangan/kecelakaan/semasa pengguna Facebook bernama Nor Fazlan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan insiden perselisihan faham itu yang mana gambar lelaki berkenaan serta gambar para penghantar makanan ehailing berkumpul di lokasi kejadian yang dilaporkan berita oleh sebuah akhbar tempatan malam ini.

Difahamkan lelaki berkenaan menendang wanita penghantar makanan itu sehingga terjatuh yang mengundang protes disusuli laporan polis ke atas individu lelaki itu.

Paparan CCTV berdurasi 57 saat menunjukkan penghantar makanan wanita itu terbabit ditendang beberapa kali lelaki itu sehingga terjatuh.

Lelaki itu didakwa tidak berpuas hati dengan wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan u di jalan sebelum lelaki berkenaan dikatakan menunjukkan tanda lucah dan menolak mangsa sebelum laporan polis dibuat mangsa.

Namun selepas dirakam keterangan polis pengadu dikatakan menarik balik laporan polis itu setelah bersetuju menyelesaikan kes dengan baik.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalau nak settle buat apa report polis. Kalau mangsa dah diberi ganti rugi buat apa nak viral

Comments are closed.