KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mabuk dan melanggar gerai penjaja serta orang awam di Pekan Bukit Sentosa semalam direman lima hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek bernama Kang Meng Han berusia 32 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk perintah reman bagi siasatan lanjut.
Katanya, teman wanita peniaga tayar itu yang juga seorang warga Myanmar, Aye Myat Mon, 25, turut dihadapkan sebelum kedua-duanya dibenarkan reman bermula hari ini sehingga 27 Mei ini.
“Turut ditahan teman wanita suspek yang berada di dalam kereta suspek sewaktu kejadian dan siasatan tiada memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.
“Kertas siastan dibuka bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis dan permohonan reman berjaya dipohon daripada Majistret Mahkamah Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Fadzil, teman wanita suspek yang dihadapakan dalam kes ini juga dibenarkan ditahan reman.
“Teman wanita suspek itu ditahan di bawah reman PATI selama tempoh 14 hari sehingga 6 Jun 2020 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan,” ujar beliau.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
penjarakan wanita itu dan halau balik ke Myanmar!!!!