KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mabuk dan melanggar gerai penjaja serta orang awam di Pekan Bukit Sentosa ditahan polis.

Tindakan pantas polis menyusul selepas insiden berkenaan tular dalam media sosial menerusi dua klip video menunjukkan kenderaan pacuan empat roda telah melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa.

Ketua Pols Selangor, Komisioner Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan laporan berkaitan insiden diterima.

“Setakat ini, sebanyak lima laporan polis telah dibuat dan ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan di Balai Polis Bukit Sentosa.

“Suspek bekerja sebagai seorang pemborong tayar dan berumur 32 tahun dan hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati suspek dipercayai dalam keadaan mabuk semasa kejadian dan telah melanggar gerai serta pengunjung yang berada ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Noor Azam, setakat ini seramai lima orang awam disahkan mengalami kecederaan akibat daripada kejadian tersebut .

Menurutnya, mangsa terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita dan kesemua mangsa mengalami luka-luka ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di pusat kesihatan berhampiran.

“Dalam kejadian ini, dua buah kereta, dua buah motosikal dan dua buah khemah penjaja telah dilaporkan rosak dan kes telah disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada Sabtu 23 Mei 2020 dan polis meminta mana-mana saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan kes ini.

“Selain daripada itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif ke atas peristiwa tersebut dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci,” tegas beliau.-MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Haramkan terus arak. Pemandu mabuk tu patut dituduh “cuba bunuh “.

    Yang kebanyakan mangsa akibat pemandu mabuk sapa?

    Kebanyakan pemandu mabuk sapa pulak?

    Sendiri fikir Dan JAWAP.

  2. Alcohol is the “Mother of All Evils”. That is why it is banned/prohibited/Haram in Islam. The driver should be given a severe sentence. The video seems to be very scary, like what you see in the Hollywood movies. As Malaysians we should be ethical and law-abiding citizens. There should be a massive campaign done starting at the school level to combat; smoking, alcohol, drug abuse, speed driving and all sorts of other social ills. A nation is not great by only having physical infrastructure. Besides, physical development, the people should be physically, intellectually, emotionally, socially, psychologically, ethically and spiritually developed.

Comments are closed.