TERKINI : Keluarga ‘Jako-Adah’ Sambut Aidilfitri Dengan Norma Baharu

Takbir raya dan solat sunat Aidilfitri kali ini amat berbeza suasananya kerana hanya ditunaikan di rumah ekoran wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Rutin harian serta tabiat kebiasaan juga terganggu akibat penularan wabak tersebut dan pengamalan normal baharu dalam kehidupan merupakan perkara yang harus diadaptasi segera.

Bagi Muhammad Hafiz Bahri, biarpun tidak dapat menunaikan solat di masjid, ia bukan lah alasan untuk seisi keluarganya tidak menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri.

Seawal pukul 8 pagi dia bersama bapa saudara serta beberapa orang sepupu sudah pun lengkap berpakaian baharu dan membentangkan sejadah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Delek di sini.