Khoo Poay Tiong.

KUALA LUMPUR – Walaupun hanya sekadar desas-desus dan khabar angin, DAP sudah melahirkan rasa bimbang berhubung pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, nama-nama yang dikhabarkan oleh media telah menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.

“Pihak media telah menamakan beberapa calon yang dikhabarkan akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri yang baharu.

“Kita dengar antara calon-calon tersebut ialah Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka, dan Zahid Mat Arip, bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ini sebenarnya menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat Melaka terhadap kesesuaian individu yang dicalonkan.

“Untuk rekod, Ali Rustam dan tiga orang ejennya telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2009 kerana terlibat dalam politik wang.

“Zahid Mat Arip pula mempunyai kaitan dengan kes rasuah bekas pengerusi FELDA, Isa Samad, yang sedang berlangsung di mahkamah. Hakikatnya, timbul persoalan apakah proses serta kriteria Yang Dipertua Negeri?,” soalnya dalam kenyataan.

Poay Tiong menyambung, menurut perkara 19A(1) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Menteri

“Jadinya Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong tetapi beliau pada 18 Mei 2020 menafikan mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri yang baharu.

“Penafian ini adalah tidak bertanggunjawab dan tidak boleh diterima. Atas prinsip demokrasi, seseorang Ketua Menteri wajar memastikan ketelusan dalam proses pelantikan ini. Individu yang dilantik hendaklah seorang yang berintegriti, bebas, dan mendapat kepercayaan awam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Koay Tiong sempat memberikan pandangan Yang Dipertua Negeri yang baharu boleh dilantik dalam kalangan penjawat awam yang sudah bersara atau pemimpin NGO tempatan.

“Pencalonan boleh dilakukan berdasarkan kewibawaan dan pencapaian individu tersebut.

“Pada masa yang sama, individu-individu yang mempunyai rekod tercemar atau perkaitan politik yang kuat tidak wajar dicalonkan malah kerajaan juga boleh mendemokrasikan lagi proses ini melalui pengundian awam.

“Keputusan pengundian boleh digunakan sebagai indikator kepercayaan awam terhadap seseorang individu sebelum Ketua Menteri membuat keputusan mencalonkan individu tersebut.

“Yang Dipertua Negeri sangat penting dalam pentadbiran negeri. Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara seperti kuasa pengampunan, sumber kehormatan dan kedaulatan, pelantikan Ketua Menteri dan pembubaran Dewan Undangan negeri,” tegasnya. –MalaysiaGazette

5 Komen

  1. DAP… Takkan nak letaK BABI JADI TYT. Mahaguru politik wang ini siapa, tak lain tak bukan PM PHaruupun, Tua Madey. Dari tahun 1981 dia mula tabuk duit… Sapa yang ingat… Dia guna heli tabur “Bersih cekap amanah. Lepas tu depa mula tabur duit setiap election. PRU dan pemililhan parti. Sapa ajaq jahanamkan rakyat dengan duit

  2. Kenapa apa masalah . Tak kan nak letak Lim Kit Siang pulak. Ini urusan YDPA. Yang DAP sibuk kenapa
    Kamu pergilah jual sayur kat pasar. Jangan kacau negeri.orang Melayu.

  3. Kalau lu dap tak suka… Rakyat ada peduli apa sama lu orang…
    Keluar lah dari ng Melaka… Apa lu ingat dap perintah kerajaan ng kah s3karang… Rasis punya parti lagi betul2 kaki kencing .. Nti sikit hari lg, dap sama pan punya lobang busuk di ng melaka semua akan kasi bongkar keluar lah…

  4. DAP tak payah sibuklah…ko punya Guan Eng tu lg kaki rasuah..guna kedudukan utk beli harta murah & skandal terowong…lepas tu guna kedudukan utk gugurkan kes…poooddahhh…ko ingat ko sorang je ker rakyat Melaka??? Rakyat Melaka lain ok jer
    ..

  5. SESUATU YANG AMAT PELIK N JANGGAL ARI NI PADA TINDAK TANDUK DAP YANG MEMPERTAHANKAN YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA TUN KHALIL YAAKUB..UMUM TAHU DAP BUKAN PARTI YG HORMAT N MENJUNJUNG RAJA2 MELAYU DAN YDPT..HANYA TERPAKSA SAJA UNTUK PANCING MELAYU KONONNYA DAP HORMATI SEMUA PERLEMBAGAAN TERMASUK RAJA2 MELAYU.
    JADI,JIKA TUN KHALIL TIDAK KELUARKAN APA KENYATAAN BERHUBUNG PERKARA INI,KITA NAK JUGA TAHU,APAKAH SEBAB BESAR DAP PERTAHANKAN BELIAU?DAN JIKA BELIAU BERDIAM,ADAKAH INI JUGA BERMAKSUD TUN KHALIL TAK SETUJU JIKA KHIDMAT KONTRAKNYA TIDAK DI SAMBUNG OLEH YDPA..?KENAPA DAP SEOLAH SENANG MENERIMA TUN KHALIL D MELAKA?APA KEPENTINGAN ANTARA DUA HUBUNGAN INI?
    TUN KHALIL WAJIB PERJELASKAN HAL INI (DAP PERTAHANKAN BELIAU,SEDANGKAN DAP N TUN KHALIL JUGA TAHU KONTRAK YANG DI PERTUA NEGERI HAK AGONG UNTUK TENTUKAN DI SAMBUNG ATAW TIDAK)..
    BUKAN NIAT MELAGAKAN SIAPA,TAPI INI AMAT2 JAUH DARI SIKAP SEBENAR PARTI CAUVINIS NI..‍♂️

Comments are closed.