Pemain dan kakitangan EPL enggan menandatangani borang sambung saingan EPL 2019-20 dengan mengambil kira ancaan Covid-19

LONDON – Liverpool, Manchester United dan Manchester City antara 86 kelab bola sepak Eropah yang menggunakan laman media sosial masing-masing untuk membantu pihak berkuasa mencari kanak-kanak yang hilang.

Usaha ini turut disertai Arsenal, Chelsea, Tottenham Hotspur, Celtic dan Rangers.

Inisiatif bertemakan ‘Football Cares’ bersempena Hari Kanak-Kanak Hilang Antarabangsa menyaksikan kelab-kelab berkenaan berkongsi video yang memaparkan kanak-kanak yang hilang sehingga kini di merata dunia.

Dalam ruang media sosial itu, gambar dan butiran lokasi terakhir kanak-kanak itu disertakan dengan nombor telefon supaya  maklumat dapat disalurkan sekiranya ada pihak terserempak dengan kanak-kanak yang hilang itu.

Projek itu merupakan inspirasi dari kelab Roma yang menunjukkan video kanak-kanak yang hilang ketika menandatangani pemain baharu sejak dua musim lalu.

Inisiatif murni itu ternyata membuahkan hasil apabila setakat ini enam orang kanak-kanak yang hilang sebelum ini berjaya dijumpai semula.

Usaha kelab-kelab itu disokong oleh badan pemantau bola sepak dunia iaitu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pusat Antarabangsa Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasikan (ICMEC).- MalaysiaGazette