TERKINI : 50% Penduduk Dewasa Malaysia Obesiti – Adham Baba

Kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini mempunyai tiga penyakit utama (tiga serangkai) iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol. Itu dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019).

Kajian kajian empat tahun sekali itu juga mendapati 3.4 juta penduduk di negara ini juga mempunyai sekurang-kurangnya dua faktor risiko utama.

Data itu menunjukkan sebanyak 4.1 peratus daripada penduduk negara ini menghidapi diabetes, 9.3 peratus darah tinggi dan 16.6 peratus kolesterol yang tinggi. Didapati juga tiga daripada 10 orang penduduk Malaysia meliputi 6.4 juta menghidapi tekanan darah tinggi.