KUALA LUMPUR- Terkenal dengan perbandaran yang indah, moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, EcoWorld kini mengajak orang ramai cuba “duduk” pula (www.duduk.my), jenama terbaharu daripada pemaju hartanah unggul di Malaysia itu.

Duduk menawarkan perbandaran berstrata berkonsepkan moden tetapi lengkap dengan segala kemudahan yang sesuai untuk semua golongan.

Apatah lagi harga yang ditawarkan sangat berbaloi jika dibandingkan dengan saiz unit yang luas merangkumi tiga bilik dan dua bilik air serta dilengkapi sebahagian perabot serta barangan rumah pintar.

Tidak perlu berebut lot parkir kerana setiap unit dilengkapi dua tempat letak kereta. Penghuni juga tidak perlu keluar jauh kerana duduk menawarkan kemudahan kolam renang, gimnasium dan kedai runcit di dalam kawasan yang sama.

Ibarat mendapat durian runtuh, penghuni duduk beralamatkan dua lokasi prima strategik iaitu di Eco Sanctuary di selatan Kota Kemuning dan Eco Ardence, Setia Alam.

Se.Ruang D’Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence dikelilingi oleh sekolah, pusat membeli-belah, bank, pusat 3S, hospital serta kemudahan-kemudahan lain.

Pendek kata, memang sesuai untuk duduk di situ.

Apa yang lebih menarik, Se.Ruang D’Eco Sanctuary dan Huni D’ Eco Ardence menawarkan unit dengan keluasan 1,000 kaki persegi!

Reka bentuk  juga amat praktikal, bukan sahaja untuk si bujang bergaya, malah untuk keluarga bahagia.

Jadi, jangan berlengah lagi! Layari laman web www.duduk.my untuk bukan sahaja mengetahui info lanjut malah anda boleh menyertai permainan maya dan memenangi ganjaran.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah daftar masuk pelanggan baharu, mulakan permainan tersebut dan apabila selesai menghabiskan 10 level permainan berkenaan, anda berpeluang memenangi ganjaran sehingga RM4,000* dan menikmati ganjaran apabila membeli kediaman anda di duduk.

Jika tidak percaya, anda boleh layari laman web www.duduk.my  atau Facebook https://www.facebook.com/dudukmy/   atau www.instagram.com/dudukmy/

Mesti tak sabar nak mendaftar, kan? *Tertakluk kepada terma dan syarat.

(Artikel ini adalah kerjasama dengan duduk, jenama baru daripada EcoWorld)

-MalaysiaGazette