Pengguna menyentuh kad perjalanan semasa masuk ke Stesen LRT Masjid Jamek ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Menerusi Plan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 dimana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad di Lembah Klang mulai 15 Jun ini. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2020

TERIMA kasih diucapkan kepada pihak kerajaan diatas
keprihatinan mereka melalui pengumuman pelaksanaan
Pelan Jana Semula Ekonomi atau Penjana bagi membantu
memulihkan ekonomi negara akibat daripada penularan
wabak Novel Koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan
perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah menyaksikan
kegiatan ekonomi dan perniagaan dalam negara kita hampir
terhenti sejak pertengahan bulan Mac lepas. Melalui
pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak kerajaan telah mengenal
pasti tiga teras utama pelan Penjana tersebut iaitu perkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Secara keseluruhannya, 40 inisiatif bernilai RM35 bilion disediakan di bawah pelan Penjana terbabit. RM10 bilion adalah suntikan fiskal daripada kerajaan. Ramai pihak yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP bakal menerima bantuan seperti para peniaga industri kecil dan sederhana, golongan ibu tunggal, golongan orang kurang
upaya (OKU), para penganggur, golongan belia, para pekerja di sektor-sektor yang terjejas teruk dan lain-lain. Pengumuman pelan Penjana ini adalah sambungan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (Prihatin) yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada bulan Mac yang lalu yang bernilai RM250.

Pengumuman pelan Penjana bagi memulihkan kegiatan ekonomi dalam negara serta pengumuman pakej rangsangan ekonomi Prihatin pada bulan Mac yang yang lalu adalah tepat pada masanya kerana rata-rata ramai pihak dalam negara kita yang hadapi kesan teruk akibat daripada penularan Covid-19 yang menjejaskan sumber pendapatan harian mereka. Memandangkan banyak peruntukan dan bantuan yang bakal disalurkan kepada
rakyat Malaysia seperti yang telah diumumkan melalui pelan
pemulihan ekonomi dan pakej rangsangan ekonomi ini, pihak kerajaan perlu memastikan segala jenis peruntukan dan bantuan seperti yang telah diumumkan disalurkan dengan baik serta yang paling penting segala peruntukkan dan bantuan berkenaan sampai kepada golongan sasaran yang telah ditetapkan. Pihak kerajaan perlu memastikan tidak wujud sebarang ketirisan ketika ingin menyalurkan segala jenis peruntukan dan bantuan kepada golongan sasar dalam negara kita.

Semua kementerian dan agensi yang bakal menerima peruntukkan ini juga perlu memastikan segala objektif, visi
dan misi yang telah diumumkan melalui pelan pemulihan ekonomi baru – baru ini serta pakej rangsangan ekonomi yang lalu dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa cacat cela. Pihak menteri yang mengetuai setiap kementerian perlu mengambil serius terhadap isu pengagihan dan penyaluran segala peruntukan dan bantuan yang telah telah ditetapkan. Setiap menteri juga harus berani memikul tanggungjawab sekiranya mereka terbukti cuai untuk hentikan ketirisan atau pembaziran yang berlaku dibawah kementerian mereka sendiri terhadap segala jenis peruntukan dan bantuan yang telah ditentukan. Pihak kementerian harus memastikan tiada lagi isu yang boleh menjejaskan proses pengagihan dan penyaluran sebarang jenis peruntukkan dan bantuan yang telah ditetapkan kepada golongan sasar dalam negara kita. Isu seperti kelewatan, keciciran, kesilapan serta masalah kurang wang peruntukan dan bantuan yang disediakan tidak seharusnya timbul kerana peruntukan dan bantuan kewangan telah diumumkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan kepada semua lapisan rakyat dalam negara kita.

Adalah penting supaya semua pihak yang terlibat dengan proses pengagihan dan penyaluran wang peruntukan dan bantuan ini melakukan proses perancangan awal dari sekarang bagi memastikan segala wang peruntukan dan bantuan dapat disalurkan dengan baik dan jayanya kepada setiap pihak seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Segala butir pengagihan dan penyaluran wang peruntukan dan bantuan ini perlu direkodkan dan disimpan dengan baik untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk proses pemeriksaan ataupun sebagai bahan bukti rujukan di masa akan datang. Pihak kerajaan boleh beri pertimbangan untuk menubuhkan sebuah badan ataupun
agensi bukan kerajaan yang bebas bagi melakukan proses
pemantauan ketat terhadap segala jenis peruntukkan dan
bantuan yang ingin disalurkan.

Seperti yang diketahui umum, kita telah didedahkan dengan
pelbagai isu, laporan serta berita yang membawa kepada
keresahan rakyat akibat daripada ketirisan wang kerajaan seperti masalah kes pecah amanah, penyalahgunaan wang dan harta kerajaan dan yang paling utama ialah masalah yang berkaitan dengan rasuah. Masalah ketirisan yang berlaku ini sedikit sebanyak mencemarkan imej pihak kerajaan serta menyebabkan segala peruntukan dan bantuan yang telah disediakan tidak dapat mencapai segala matlamatnya.

Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Bagi mengatasi masalah ketirisan khususnya terhadap dana peruntukan dan bantuan yang telah disediakan melalui pengumuman pelan pemulihan ekonomi serta pakej rangsangan ekonomi yang lalu adalah penting bagi pihak kerajaan khususnya kementerian-kementerian yang terlibat untuk sentiasa memantau dengan ketat segala proses  pengagihan dan penyaluran peruntukkan pakej yang telah ditentukan.

Sikap sambil lewa serta tidak ambil tahu tidak boleh lagi wujud dalam kalangan pegawai pelaksana dan penguatkuasa dalam memastikan setiap wang peruntukkan dan bantuan yang telah ditetapkan disalurkan mengikut segala yang telah dirancangkan. Pada masa yang sama juga, pihak-pihak yang bakal menerima peruntukkan dan bantuan yang disediakan menggunakannya dengan baik serta tidak membazir. Setiap bakal penerima wang peruntukkan dan bantuan kewangan ini perlu mengambil peluang diatas pemberian peruntukkan dan bantuan kewangan ini bagi
mengurangkan beban hidup mereka dalam hadapi impak
akibat daripada penularan Covid-19 serta membantu pihak
kerajaan memulihkan dan membangunkan semula ekonomi
negara.

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)