tujuh suspek warga tempatan ditangkap bersama barang perumahan yang disyaki dicuri di Tropicana Golf and Country Resort semalam.

PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan geng penjenayah yang melakukan kegiatan pecah bangunan dan menyamun dengan tertangkapnya tujuh suspek warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis pasukan Petaling Jaya melakukan tangkapan itu pada Jumaat jam sekitar 3.30 petang.

“Kesemua tujuh suspek adalah berusia antara 16 hingga 53 tahun dan dicekup di bangunan Tropicana Grande Tropicana Golf&Country Resort, Petaling Jaya.

“Suspek pertama yang ditahan polis menunjukkan sebuah lori jenis Hicom berwarna Merah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bahagian belakang lori itu mendapati pelbagai barangan rumah yang disyaki diperoleh suspek dari rumah pengadu warga tempatan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Lori yang dipercayai digunakan kesemua tujuh suspek dan barang rampasan di dalam lori dipercayai dicuri di sebuah rumah di Tropicana Golf dan Resort,

Tambah Nik Ezanee, kesemua suspek direman empat hari sehingga Isnin ini untuk disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, butiran barangan yang dirampas dari lori suspek berkenaan adalah satu set sofa, 10 kerusi meja makan koleksi berjenama Barcher Tische Die, dua buah televisyen Samsung dan Sharp sebuah peti sejuk jenama HItachi, satu penyejuk minuman Wine jenama Tuscani.

“Turut dirampas empat kerusi bar, satu kerusi Piano, sebuah tilam saiz king jenama Napure, dua tilam saiz Queen jenama Napure, satu medi wifi sound bar, satu telefon bimbit Samsung Galaxy A10, Lori Hicom, sebuah telefon bimbit jenis Sony Xperia, satu kad akses beserta dua batang anak kunci dan satu buku laporan kerja (berlogo Sheraton),” tegasnya.-MalaysiaGazette