Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – “Saya tidak faham Pulau Pinang guna akta mana untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana peraturan yang telah diwartakan di bawah PKPB akan terbatal pada 9 Jun ini,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, akta berhubung kawalan penyakit berjangkit hanya terdapat di peringkat Persekutuan sahaja kecuali Sarawak, yang masih mempunyai akta tersebut.

“Negeri-negeri lain tiada akta kawalan penyakit berjangkit jadi hanya ada satu akta sahaja untuk menjadi rujukan semua negeri di Malaysia (kecuali Sarawak) berhubung perkara tersebut iaitu Akta 342.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana akta yang bertentangan dengan akta Kerajaan Persekutuan, ia akan terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan.

“Dengan itu, kerajaan negeri tidak ada pilihan lain selain akur dengan pelaksanaan PKPP seperti yang telah diumumkan kerajaan Persekutuan, jika tidak, mereka tidak boleh melaksanakan sebarang penguatkuasaan kerana tiada akta,” katanya semasa sidang media hari ini.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeon memaklumkan, kerajaan negeri akan meneruskan PKPB sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan berhubung pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bermula 10 Jun ini, peraturan-peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diwartakan dan dikuatkuasakan di bawah Akta 342.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Red Bean Army ke yang nak tangkap sesiapa melanggar pkpp ala kerajaan negeri pulau pinang? Sesiapa yang nak ikut juga lantak lah, dia orang yang rugi.

  2. bagitahu ramasamy suruh buat undang2 sendiri atau boleh balik india jika xmahu ikut PKPB SOP KKM kerajaan pusat.habis cerita.dasar keraskepala

  3. Nak tunjukkan kpd seluruh rakyat malaysia dn juga pihak kerajaan….. WHT U CAN DO …??
    Siapa lebih besar kuasanya… Kjaan pusat ker atau kjaan negeri…. Kan penang tu DAP YANG PUNYA….DAP YG PUNYA….KAH KAH KAH…..

Comments are closed.