Foto Instagram Zarina Anjoulie.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Anjoulie mengakui pernah ditertawakan kerana memandu kereta Proton Satria Neo selama ini.

Bagaimanapun, pelakon sensasi itu enggan mempedulikan tohmakan tersebut dan menegaskan tidak akan meninggalkan kereta jenama tempatan itu walau sudah kaya pada masa akan datang.

Ibu tunggal itu telah menganggap kereta itu seperti anaknya sendiri.

Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkata, kereta itulah yang bersama dengannya ketika susah dahulu dan tidak malu kerana memandu kereta berkenaan.

Tambahnya walaupun dia mempunyai kereta lain, namun masih setia dengan Proton Satria nya.

“Kaya macam mana pun aku takkan tinggalkan Satria aku ni. Bila Anju bawa kereta ni orang gelakkan Anju “eee artis bawak satria je,” tulisnya di Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan Zarina berkata, keretanya itu kini dalam proses untuk dicat semula dan mahu menukar warna.

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap bersederhana pelakon itu serta tidak menunjuk-nunjuk hartanya.

Netizen menganggap Zarina sepatutnya dijadikan contoh oleh selebriti lain supaya tidak lupa diri dan melupakan asal usul mereka. – MalaysiaGazette