Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Demonstrasi Inovasi Penyembelihan Lembu menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih di Biotechnology Incubation Centre, Taman Teknologi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JUN 2020

KUALA LUMPUR –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, persoalan berkenaan solat Jumaat, solat berjemaah di masjid dan ibadat haji akan diumum pada petang ini.

“Masalah haji dengan solat itu petang ini, tengoklah petang ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas  menyaksikan Demonstrasi Inovasi Penyembelihan Lembu Menggunakan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih, di Pusat Inkubasi Bioteknologi di Taman Teknologi Malaysia hari ini.

Sebelum ini Zulkifli berkata, pengumuman  akan dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama pihak berkaitan susulan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam strategi negara memerangi pandemik Covid-19.

Pada fasa ini hampir keseluruhan sekatan yang dibuat sebelum ini dibuka semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lembab.!!!! Sepatutnya Islam itu progressif. Cepat, pantas, mendahului. YB Menteri kena proaktif.

Comments are closed.