Nik Ezanee bersama Pasuka JSJ IPD PJ dalam kejayaan menumpaskan Geng Spiky yang giat melakukan kes curi kenderaan dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang selama ini.

PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam selepas kejadian kecurian kenderaan Proton X70 dilaporkan, polis berjaya menahan suspek pertama disyaki terlibat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian curi kereta itu berlaku di kawasan Meridian Townhouse, Taman Sea baru-baru ini.

“Berdasarkan laporan polis itu, polis berjaya membuat serbuan sekitar jam 2 petang pada 9 Jun lalu dan membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun di lot parkir sebuah apartmen di kawasan bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

“Susulan tangkapan itu, polis telah berjaya merampas sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 yang disyaki digunakan suspek dalam kegiatan jenayahnya.

“Semakan rekod kenderaan yang dirampas mendapati ia masih dilaporkan hilang dan bersangkut dengan laporan polis di Kepong dan siasatan lanjut terhadap suspek berjaya membawa kepada penemuan kereta hilang jenis Proton X70 pengadu, di tepi jalan Prima Pelagi 1, Bukit Perima Pelangi,” katanya dalam sidang media semalam.

Suspek kedua Geng Spicky yanhg masih diburu polis dalam kes jenayah samun rumah dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang selepas suspek utama dicekup Polis PJ

Tambah Nik Ezanee, polis seterusnya melakukan pemeriksaan susulan di rumah suspek dan telah menemui barang-barang berharga juga dipercayai dicuri di sekitar Lembah Klang.

Dengan tertangkapnya suspek berkenaan, katanya, pasukannya percaya ia dapat menyelesaikan kes pecah rumah dan curi kenderaan di dalam daerah tersebut.

Suspek kemudiannya ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Jun ini dan sedang disiasat di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan.

“Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes samun dan pecah rumah. Sementara polis juga mempergiatkan usaha dan pemburuan seorang lagi rakan sejenayah suspek itu yang masih bebas di luar.

“Suspek kedua yang dipercayai turut terlibat secara jenayah berkumpulan ini bernama Ong Chong En dan pemburuannya masih dilaksanakan secara menyeluruh.

“Suspek dikenali dengan nama samaran Ronnie atau Spiky berusia 42 tahun masih bebas di luar dan sedang diburu dan dia berasal dari Taman Sentosa Klang,” ujarnya.

Nik Ezanee berkata, sebuah kereta Mercedes C200 bersama kunci kawalan jauh, seunit telefon bimbit Samsung A70, satu dompet Gucci berwarna coklat yang mengandungi sekeping kad mydebit Maybank dan Hong Leong Bank, 10 keping wang tunai berjumlah RM277.

Polis turut merampas satu beg plastik hijau mengandungi peralatan pecah rumah iaitu tiga batang alen key yang telah diubahsuai suspek, tiga batang kunci yang diubahsuai, satu set peralatan dengan lapan unit playar pelbagai jenis, seunit laptop Acer, satu beg Louis Vuitton satu kotak biru yang mengandungi seutas jam tangan Seiko; sekotak hitam dengan tiga utas jam mewah Rolex, Oris dan Bvlgari dan sebuah kereta proton X70.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast