KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Ogos hadapan bagi pendengaran permohonan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kesnya yang didakwa meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan itu yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut disokong affidavit bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan juga menolak permintaan pasukan pembelaan untuk untuk menangguhkan perbicaraan kes pindaan laporan audit laporan 1MDB sementara selesai prosiding penyingkiran Gopal Sri Ram.

Sebaliknya Mohamed Zaini hanya memberikan penangguhan selama sehari bagi memberi laluan kepada Shafee dan pembantunya, peguam Rahman Hazlan dapat melakukan ujian Covid-19 selepas ada tanda-tanda simptom itu.

“Saya tetapkan 7 Ogos bagi pendengaran permohonan pembelaan berhubung pengguguran Gopal Sri Ram,” putusnya sebentar tadi.

Terdahulu, kata Shafee permohonan untuk menyingkirkan Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan berdasarkan afidavit itu berkata perkara itu perlu didengar sebelum perbicaraan boleh diteruskan.

“Kami ada afidavit oleh bekas peguam negara. Berdasarkan asas dan andaian ini, sekiranya benar jadinya ia akan menjadi penting dan isu kelayakan perlulah diputuskan dengan kadar segera,” ujarnya.

Pendakwaan juga memohon tempoh 3 minggu bagi memberikan mereka masa untuk menjawab kembali permohonan yang dikemukakan oleh pembelaan.

Gopal Sri Ram yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan cuba digugurkan oleh Najib atas alasan ‘berat sebelah’ serta mempengaruhi integriti proses perbicaraan.

Jumaat lepas, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan kepada media bahawa permohonan itu disokong dua afidavit, yang difailkan oleh Najib dan Apandi.

Beberapa hari lepas juga, pendedahan mengejutkan oleh Apandi berhubung ‘tindak tanduk’ Gopal Sri Ram yang didakwa cuba mengarahkan beliau menangkap Najib pada awal Januari 2018, empat bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Terajang ajerlah tua kutuk tua nak mampos tu. Buat kerja pun berdengki dengan hati busuk…

  2. There is a saying that goes this way, “The face is the image of the soul”. “Apa yang kita lihat pada wajah seseorang itu adalah pantulah isi hati seseorang”. Maxim ini terkenal dalam psikologi dan falsafah. Sekarang ini, juga digunapakai oleh polis dan penyiasat forensik. If you don’t believe me, have a second look at the lawyer above. What do you think? Cuba bandingkan muka DSN yang tenang, tak gelabah, tak melatah, mesra rakyat dan selalu simpati dengan hal keadaan rakyat, dengan mika Anwar, Mahathir, Guan Eng, Kit Siang, Rafizi Ramli dan lain-lain lagi dari PH. Try do that and see, I am pretty sure you become good at analyzing people like a psychologist . Selamat mencuba…..

Comments are closed.