Selangor masih menjadi pilihan para pelabur tempatan dan luar negara untuk menjalankan perniagaan berikutan kemudahan prasarana yang lengkap dan moden.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industr (MITI) melanjutkan tempoh pelaksanaan projek-projek yang melibatkan sektor perkilangan selama 12 bulan secara automatik.

Langkah itu menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diambil demi memastikan sektor ekonomi dalam negara kekal berkembang dan berdaya saing meskipun dalam situasi Covid-19 ini.

“Berdasarkan amalan semasa, sesebuah syarikat dikehendaki melaksanakan projek yang diluluskan dengan suatu tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang. Lanjutan tempoh 12 ini akan bermula dari tempoh tamat seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang syarikat.

“Lanjutan tempoh secara automatik ini adalah terpakai bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan interim ata Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 daripada MITI yang masih belm melaksanakan projek tersebut,” kata MIDA menerusi kenyataan hari ini.

Bagi membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat diberikan lanjutan tempoh pelaksanaan secara automatik, syarikat diminta untuk memohon kepada MIDA, agensi yang dipertanggungjawabkan oleh MITI.

Syarikat boleh mengemukakan permohonan itu kepada MIDA bermula dari 16 Jun ini hingg 31 Mei 2021.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast