Mazlan Mansor
KUALA LUMPUR –  Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas, terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

Beliau berkata, pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis bahawa operasi perlu ditutup pada pukul 12 tengah malam, namun masih ada segelintir yang berdegil dan beroperasi sehingga pukul 1.00 atau 2.00 pagi.

“Oleh yang demikian, kami kompuan mereka. Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegar melaksanakan operasi menghiburkan pelanggan seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.

“Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast